Saturday 26 November 2011

AWAL MUHARRAM

Assalamualaikum!

dah masuk awal muharram rupannya kita nie kan. so,sempena awal muharram nie aku nak kongsi skit ape yang aku tau tntng bulan muharram nie :)
  

Muharram adalah bulan pertama dalam tahun islam ( Hijrah). Sebelum Rasullulah berhijrah dari Makkah ke Yathrib. kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasullulah memberi kesan besar kepada islam sama ada dari sudut dakwah Rasullulah, ukhuwwah dan syiar islam itu sendiri.

 Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah swt melarang melaukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (AL Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaaan.

Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu,sama ada amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt daripada kejahatan syaitan dan manusia.
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya.

DOA AKHIR TAHUN

Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setengah tahun ini dan Allah binasakn aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosannya setahun"

Berikut adalah Doa akhir tahun.


segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, sesungguhnya  pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Enkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalal Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah swt, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Amin..

 DOA AWAL TAHUN

Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharannya daripada fitnah syaitan"
segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan drpda syaitan yang direjam, dari segala kuncunya, tenterannya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Amin..


renung-renungkan dan selamat beramal! ^,^



No comments:

Post a Comment